sandwich chicken crispy

Kalau ada jamuan potluck di pejabat, tak perlu pening kepala nak bawa makanan apa. Buat je Sandwich Chicken Crispy ni.

Bukan sekadar sandwich biasa, ianya mudah, sihat dan mengenyangkan. Letak isi ayam banyak-banyak, baru lagi puas makan.

Jom cuba buat di rumah menggunakan resipi yang telah dikongsi oleh Amy Marina Ahmad di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan

RESIPI SANDWICH CHICKEN CRISPY

Bahan-bahan perapan:

  • Isi ayam
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung ubi
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Garam pink
  • Pes bawang putih

Bahan-bahan lain:

  • Roti
  • Sos cheese
  • Daun salad
  • Buah tomato
  • Ayam goreng
  • Sos cili
  • Mayonis

Cara penyediaannya:

  1. Perap isi ayam dengan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, serbuk paprika, serbuk lada hitam, lada sulah, pink salt dan pes bawang putih.
  2. Goreng sehingga masak. Bila dah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Ambil sekeping roti, sapu dengan sos cheese, lapikkan dengan daun salad, buah tomato dan ayam goreng.
  4. Drizzlekan dengan sos cili. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi yang sudah disapu dengan mayo.
  5. Potong secara menggergaji menggunakan pisau roti. Ambil sekeping yang sudah dipotong, lapikkan dengan Doyleys paper.
  6. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Amy Marina Ahmad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN