resepi mee kari simple

Mak-mak yang sudah bosan masak nasi berlauk mesti sekali-sekala nak hidangan mee pula. Sudahkah anda tahu resepi Mee Kari simple yang sedap?

Sebut saja Mee Kari, pasti anda terbayang keenakan kuah kari bersama mee kuning yang dipenuhi bahan topping seperti tauhu, telur rebus, fish cake, udang dan sebagainya.

Kali ini kami kongsikan resepi Mee Kari Simple daripada Bunga Jua di Facebook. Kuahnya yang pekat dan cukup rasa pasti buatkan anda terpikat. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

RESEPI MEE KARI SIMPLE

resepi mee kari simple

Bahan-bahan kuah:

  • Ayam atau daging
  • Tauhu pelampung (goreng sekejap)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 4 sudu besar serbuk kari (campur sedikit air)
  • 2 sudu besar serbuk cili (tambahan)
  • 1 kotak kecik santan
  • 1 cawan air
  • Minyak masak
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (tambahan)

Bahan-bahan kisar:

Bahan-bahan lain:

  • Mee kuning
  • Fish ball (goreng dan hiris)
  • Fish cake (goreng dan hiris)
  • Tauge
  • Sawi (potong dan celur sekejap)
  • Daun sup (hiris)
  • Lada merah atau hijau (hiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • Limau kasturi (belah dua)
  • Telur rebus (belah dua)
  • Kerang atau udang (tambahan)

Cara-cara:

1. Terlebih dahulu, celur mee kuning, kemudian tos dan ketepikan.

resepi mee kari simple

2. Panaskan minyak, masukkan serai ketuk dan bahan kisar, kemudian tumis hingga terbit wangi.

3. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili, kemudian gaul sekata dan terus tumis sampai pecah minyak.

4. Setelah itu masuk hirisan ayam atau daging dan biar ia masak sekejap.

5. Selepas itu barulah masukkan santan, air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.

6. Perasakan garam, gula, serbuk perasa dan biar mendidih, kemudian barulah masukkan tauhu tadi.

7. Masukkan mee yang telah dicelur dan tuangkan kuah, kemudian bubuh bahan lain di atasnya. Siap untuk dihidang!

Mak-mak yang tiada idea untuk hidangkan menu apa, boleh cuba resepi Mee Kari simple ini. Kuahnya gerenti sedap sampai tak toleh kiri kanan tau.

Selamat mencuba!

Sumber: Bunga Jua

Baca juga: Mee Hailam Guna 3 Langkah, Sedap Mandikan Kuah Dengan Kicap ‘Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN