cara buat keria

Semenjak bulan Ramadan ini, ramai mencari resipi kuih-muih yang lazat belaka. Oleh itu, kami nak bagitahu terdapat cara buat keria yang lembut untuk anda cuba di rumah.

Kuih keria atau kuih gelang merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu yang berasaskan ubi keledek yang dilenyek dan dicampurkan dengan tepung.

Zura Zul telah kongsikan di Facebook tentang cara buat keria yang lembut. Selain itu, ada tips menarik untuk jadikan sira gulanya melekat lebih lama. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!

CARA BUAT KERIA

cara buat keria

Bahan-bahan untuk keria:

  • 1kg ubi keledek oren
  • 1½ atau 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (saya tak letak)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar marjerin

Bahan-bahan untuk sira gula:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • Sedikit tepung gandum (jika suka)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kukus keledek sampai empuk dan biarkan sampai suam atau sejuk, kemudian lenyekkan.

2. Campurkan tepung gandum, baking powder, sedikit garam, tepung beras dan marjerin bersama keledek yang telah dilenyekkan.

3. Seterusnya, gaul sampai sebati dan uli sampailah jadi doh yang tak melekat pada tangan.

4. Buat doh dalam bentuk bulat dalam anggaran berat 35g hingga 38g semuanya.

5. Kemudian, leperkan sedikit doh dan tekan atau buat lubang di bahagian tengahnya.

cara buat keria

6. Goreng dalam minyak panas sampai masak kekuningan, angkat dan toskan.

7. Sementara itu, boleh buat sira gula dengan masak semua bahannya sampai mendidih atau berbuih.

8. Kacau sampai pekat dan bertali, kemudian masukkan kuih keria tadi.

9. Gaul sampai rata dengan cepat, boleh tutup api dan kacau biar gula bersalut pada kuih keria.

10. Masukkan sedikit tepung gandum (rahsia gula melekat lama pada keria dan gula tak terasa berketul serta keras apabila dimakan) dan gaul rata sebati. Siap untuk dinikmati!

Betapa mudahnya cara buat keria ini sampaikan orang yang tak tahu buat kuih pun boleh dapat hasil menjadi. Sekali gigit, pasti terasa nikmatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Baru Tahu Ada Kuih Keria Versi Ubi Kayu, Sedap Rupanya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN