kiub pati ayam

Masakan tak ‘ngam’ kalau tak letak kiub pati ayam kan? Biasanya diletak dalam masakan seperti sup, bubur ataupun nasi ayam.

Sebelum ini kalau asyik beli yang dah siap di pasaran, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri kiub pati ayam kat rumah. Lebih sihat sebab tanpa bahan pengawer dan MSG yang semestinya tidak baik untuk kesihatan.

Jom ikuti resipi hasil perkongsian dari Dr. Mazliana Mazlan di bawah.

Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG

Sambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.

Dulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.

Bubur.

Nasi ayam.

Sup.

Mee hailam.

Nasi goreng.

Bahan-bahan:

  • Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon
  • Bawang besar
  • Bawang putih India
  • Leek
  • Cendawan
  • Bunga cengkih
  • Biji ketumbar
  • Daun bay
  • Garam Himalaya
  • Cuka epal
  • Air

Cara-cara:

  1. Mula-mula kisar ayam. Keluarkan ayam.

  2. Kemudian kisar pula sayur. Masukkan semula ayam yang sudah dikisar tadi.

  3. Dah siap kisar semuanya masukkan bahan-bahan lain, dan masak 25 minit. Tinggal je, tak payah tunggu depan Thermomix pun.

  4. Dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.

    kiub pati ayam

  5. Kalau tiada Thermomix, boleh jugak buat sendiri. Perlu kisar banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.
  6. Boleh jugak buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudahkan korang nak buat dan guna nanti.
  7. Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.

  8. Dah siap. Mudah sangat kan.

    kiub pati ayam

Kredit: Mazliana Mazlan

Baca juga: Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN