
Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri. Jadi, kami kongsikan cara buat Air Jagung Creamy untuk anda cuba di rumah.
Air Jagung Creamy pernah viral kerana rasanya yang padu dan kena dengan citarasa orang Malaysia. Senang cerita, ia setanding dengan air viral lain yang sangat luar biasa.
Nak dapatkan Air Jagung Creamy ini sewaktu bulan Ramadan, kena pergi bazar. Memang ramai peniaga yang jual, tapi lebih seronok jika dapat buat dengan air tangan sendiri.
Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian oleh NH Yma Nisma di Facebook tentang cara buat Air Jagung Creamy yang terlihat penuh berkrim dan meleleh. Jom kita cuba!
Baca juga: Jus Epal Asam Boi Sihat Dan Segar, Minum Segelas Pun Rasa Tak Cukup
CARA BUAT AIR JAGUNG CREAMY

Bahan-bahan:
- 1 susu tin sejat
- ¾ tin susu pekat
- 1 tin jagung manis
- Kordial jagung
- Sedikit kordial ros
- Aiskrim jagung atau vanilla
- Sedikit garam
- Ais
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan susu sejat, susu pekat, jagung manis, kordial jagung, sirap rose, garam dan aiskrim ke dalam pengisar untuk dikisar.
2. Setelah siap dikisar, masukkan ais ke dalam jug.
3. Selepas itu, tambahkan campuran air jagung tadi ke dalam jug.

4. Kemudian, tambahkan aiskrim sebagai topping. Siap untuk dinikmati!
Setelah cuba cara buat Air Jagung Creamy ini, anda akan puas hati dengan hasilnya kerana ia sangat segar diminum. Lebih-lebih lagi diminum sewaktu berbuka puasa, memang nikmat.
Semasa membuat resipi ini di rumah, anda boleh pilih untuk kurangkan atau tambahkan susu pekat mengikut tahap kemanisan yang anda inginkan.
Selepas ini, anda boleh jadikan Air Jagung Creamy sebagai salah satu minuman berbuka puasa yang sedap. Selain itu, ia sesuai dijadikan sebagai minuman untuk tetamu pada Hari Raya nanti.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: TikTok madihah.dyha
Sumber: NH Yma Nisma
Baca juga: Jus Mangga Dengan 5 Bahan Mudah, Bila Minum Rasa Segar Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














