
Sepanjang bulan Ramadan, ramai yang mengagihkan bubur lambuk sebagai sedekah. Jadi, resepi Bubur Lambuk simple ini dapat membantu anda untuk membuatnya di rumah.
Di Malaysia, Bubur Lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang popular pada bulan Ramadan. Biasanya, ia dimasak secara bergotong-royong di masjid atau surau.
Boleh dikatakan, setiap negeri di Malaysia mempunyai cara buat Bubur Lambuk tersendiri. Tapi, kami terjumpa resepi yang lebih ringkas dan mudah dibuat di rumah.
Jika ingin buat sendiri di rumah, anda boleh gunakan resepi Bubur Lambuk yang dikongsikan oleh Kak Yong Asmahan di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Bubur Sum Sum Pandan, Resepi Mudah Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik
RESEPI BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan:
- 2 cawan beras (rendam dalam 20 minit)
- ½kg daging (campur yang berlemak)
- 1 bungkus kecil rempah sup
- 250ml santan
- 3 sudu besar lada hitam
- 3 biji bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 jari halia
- Kentang
- Lobak merah
- Daun sup
- Bawang goreng
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Selepas itu, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sampai bawang agak garing.
3. Kemudian, masukkan rempah sup dan tumis sampai rempah masak.
4. Masukkan daging dan gaul sebati, kemudian masukkan beras.
5. Goreng beras seketika dan masukkan air, kemudian rebus beras sampai nampak lembut.
6. Setelah itu, masukkan santan, garam, serbuk lada hitam, kentang dan lobak merah.
7. Apabila sayur sudah lembut, boleh tabur daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dihidang!

Jika tiada bawang goreng di rumah, boleh gantikan dengan udang kering juga. Selain itu, Bubur Lambuk ini juga sedap dimakan dengan isi ayam yang dicarik-carikkan.
Setelah anda buat resepi Bubur Lambuk ini di rumah, selebihnya boleh diberikan kepada jiran-jiran sebagai sedekah amal jariah pada bulan Ramadan.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Yong Asmahan
Baca juga: Bubur Butir Nangka, Kenyal Dan Lembut Sampai Tak Cukup Makan Semangkuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














