beza santan

Pernah tak setiap kali memasak menggunakan santan, ada yang menjadi dan yang tidak menjadi? Puncanya rupanya adalah penggunaan santan yang tidak betul.

Menerusi perkongsian oleh Ummi Syuhada ini, beliau berkongsikan jenis dan beza santan yang dijual dalam mempengaruhi hasil masakan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk membeli santan yang betul mengikut jenis masakan yang dibuat.

beza santan

TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK

Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dgn tujuan yg berbeza.

1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga2 sedap.

2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.

3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sebab lebih cair.

Pulut pelam. Mula2 gaul dengan kara, tak jadi. Pastu tukar santan fresh. Cantik berkilat. Tak jadi sebab silap teknik.

4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sbb bhgn tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.

5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.

6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

beza santan

7. Santan serbuk sedap buat puding, agar2 bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma santan. Yang ada perasa pandan sgt sedap untuk nasi lemak.

8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yg dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yg dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.

9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok2 ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.

10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik2. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai abis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.

11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.

beza santan

12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis.

Disclaimer : Post ni bukan bertujuan nak mengajar otai2, chef2 dan tukang2 masak yang mahir ye. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja.

Kredit: Ummi Syuhada

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN