Teknik Tanam Tauge

Wah, rupa-rupanya taugeh boleh ditanam dalam balang. Ini ada perkongsian teknik tanam taugeh dan boleh dituai setelah 3 hari.

Taugeh antara sayuran yang sedap digandingkan dengan lauk pauk yang lain. Sayur ini boleh di masak dengan pelbagai cara. Antara yang popular ialah masakan goreng atau di buat kerabu.

Baca juga: Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini

Kelazatan dan kerangupan taugeh ini menjadikan ia hidangan yang digemari oleh ramai orang. Jika teringin makan sayur ini, sebenarnya anda boleh tanam taugeh dalam balang terpakai sendiri di rumah. Caranya cukup mudah dan ringkas.

Mari ikuti perkongsian teknik menanam taugeh dalam balang terpakai menerusi perkongsian Nora Valo ini.


TEKNIK TANAM TAUGEH DALAM BALANG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kacang hijau
  • Tisu
  • Balang
  • Air

Cara-cara penanaman:

1. Rendam kacang 24 jam. Tak payah banyak-banyak, segenggam pon dah cukup.

teknik tanam taugeh

Lepas 24 jam, kacang dah mula bercambah.

teknik tanam taugeh

2. Buang air rendaman, pindahkan kacang ke dalam balang plastik. Nak letak tisu boleh, tak letak pon takpe. Tutup balang, Simpan balang kat tempat gelap/balut dengan plastik hitam.

teknik tanam taugeh

3. Siram 2 kali sehari. Caranya letak air dalam balang lepas tu goncang-goncang sikit, lepas itu buang air dia.

teknik tanam taugeh

4. Tiga atau empat hari dah boleh dituai. Kalau nak simpan lama, Penuhkan air, letak dalam peti ais.

teknik tanam taugeh

Hasilnya lepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli di kedai.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Nora Valo

Baca juga: Sayur Taugeh Tumis Sos Tiram, Lauk SIMPLE Tapi Bertambah Makan Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN