cucur udang simple

Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi kami baru dapat tahu, ada rahsia untuk buat Cucur Udang simple tanpa bahan penaik.

Kuih goreng ini sangat disukai ramai kerana rangup di luar dan lembut di dalam. Bukan setakat makan begitu saja, malah ia boleh dinikmati bersama rojak, mee, soto dan banyak lagi.

Fatimah Ramizon telah kongsikan cara buat Cucur Udang di Facebook tanpa menggunakan bahan penaik. Walaupun ringkas, namun hasilnya rangup dan lembut dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

RESIPI CUCUR UDANG SIMPLE TANPA PENAIK

cucur udang simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaulkan tepung gandum dengan ais batu yang dicampurkan dengan air sampai ais cair.

cucur udang simple

2. Kemudian, masukkan garam, gula, serbuk kunyit, telur, kucai, tauge dan udang ke dalam adunan tepung.

3. Selepas itu, gaulkan sampai sebati dan tepung larut semuanya.

4. Akhir sekali, pastikan minyak sudah panas, baru goreng cucur sampai garing dan keperangan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Nak tambah lebih sedap lagi, anda boleh nikmati Cucur Udang simple ini dengan mencicahnya bersama sos atau kuah kacang yang lazat. Sekali makan, pasti tak berhenti.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatimah Ramizon

Baca juga: Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN