resepi taugeh goreng

Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu ini menggunakan tauge segar, sekali gus menghasilkan kuah yang penuh rasa.

Tauge goreng ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menyediakan hidangan cepat dan sihat. Ia juga pasti digemari oleh mereka yang suka masakan ringan tetapi tetap mengenyangkan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sayur Bendi Goreng Udang, Ikut Tips Ini Supaya Tak Jadi Berlendir!

RESEPI TAUGEH GORENG

resepi taugeh goreng

Bahan-bahan:

  • 3 genggam taugeh
  • 2 batang daun bawang (hiris nipis)
  • 1 cabai besar (hiris nipis)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Celur taugeh dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
  2. Taburkan daun bawang hiris dan cabai hiris atas taugeh tadi.
  3. Sediakan kuah dengan mencampurkan 1 cawan air bersama sos tiram, kicap pekat manis, minyak bijan dan kiub pati ayam. Kacau hingga sebati.
  4. Tumbuk bawang putih dan panaskan minyak dalam kuali.
  5. Tumis bawang putih yang ditumbuk hingga kekuningan.
  6. Masukkan bancuhan kuah tadi ke dalam kuali dan biarkan mendidih seketika.
  7. Tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas taugeh yang telah disediakan.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Hayati Saidin

Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN