buat bawang goreng

Terasa nak buat bawang goreng sendiri kat rumah? Mana tidaknya, setiap kali beli di kedai, ada sahaja yang tidak kena dari segi rasa dan teksturnya yang hancur. Ada juga yang sudah menjadi lemau.

Apa kata jom cuba buat sendiri bawang goreng di rumah. Dapat makan yang fresh dari dapur lagi best kan? Tak perlu risau terbeli bawang goreng yang lemau dan sebagainya.

Jom lihat cara-cara membuat bawang goreng rangup hasil perkongsian oleh Ahmad Salehuddin di bawah.

Tip Penting Buat Bawang Goreng Rangup

BAWANG GORENG STYLE MAK ABANG..

Kat rumah abang memang kena selalu ada stok bawang goreng ni sebab bila nak makan pape tabur bawang goreng ni jadi wangi je.

Disebabkan ramai yang tanya ni abang share resepi kat sini ye.

buat bawang goreng

Mula2 kupas kulit bawang tu dulu ye. Nak mudah rendam dengan air panas, so senang lah nak kupas kulit tu.

Lepas tu, hiris lah bawang tu nipis2. Abang potong manual je ye sebab abang takde benda untuk hiris tu. Selepas hiris, cuci bawang tu bersih2 dan toskan sampai bawang betul2 kering.

Lepas dah kering boleh lah panaskan minyak dalam kuali ye, minyak kena betul2 panas baru masukkan bawang tu. Lepas tu rajin2 lah gaul supaya bawang tu masak sekata.

buat bawang goreng

Bila dah kekuningan garing boleh lah angkat dan toskan minyak tu. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.

buat bawang goreng

Tips dari mak: Bila warna bawang dah mula kekuningan, bolehlah slowkan api gas ye supaya dia tak hitam dan hangus.. Kat sinilah biasanya orang terlepas pandang sebab bila hitam bawang tu akan jadi pahit tak sedap. Sentiasa kacau bila dah slowkan api tu sampai lah ia garing ye. Dah garing boleh lah angkat.

Kredit: Ahmad Salehuddin Amirwan

Baca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini