ikan cencaru bakar

Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap terangkat dan dijamin akan buat anda tambah nasi berpinggan-pinggan!

Kadang-kadang, bila selera makan hilang, lauk yang ada kombinasi rasa masam, manis dan masin seperti ini memang dapat membantu menaikkan selera.

Gabungan ikan cencaru yang dibakar bersama air asam pasti membuatkan anda rasa lebih sihat selepas makan. Selain sedap, hidangan ini juga mudah disediakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR DENGAN AIR ASAM

ikan cencaru bakar

Bahan-bahan ikan cencaru:

  • Ikan cencaru
  • 7 biji cili merah besar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas hingga halus.
  2. Perahkan limau kesturi sebiji ke dalam bahan kisar tadi.
  3. Lumurkan bahan kisar tersebut pada ikan cencaru.
  4. Bakar ikan cencaru atas kuali dan siap untuk dihidang.

Air asam cicah ikan bakar:

Cara-cara:

  1. Kisar kasar bahan-bahan di atas, kemudian ketepikan.
  2. Seterusnya, kisar pula 10 tangkai cili padi, 1 biji tomato, 1 biji bawang merah besar dan 1 tangkai cili merah besar.
  3. Hiris bahan-bahan tadi.
  4. Perahkan 4 biji limau kesturi dan ambil airnya.
  5. Masukkan 4 sudu besar asam jawa Adabi, 3 sudu besar gula dan secubit garam.
  6. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang diinginkan.
  7. Gaul semua bahan tersebut hingga sebati. Pencicah ini perlu rasa masam manis supaya sedap!

Sumber: Bunda Nadiah

Baca juga: Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Yang Memikat Buat Ramai Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN