Categories: Resipi

Resipi Gulai Lemak Kuning Udang & Kacang Buncis, Lauk Kampung Simple Tapi Buat Tekak Puas!

Gulai lemak kuning udang ini memang wajib cuba masak. Kuahnya pekat berlemak, harum bau kunyit dan ada rasa manis semula jadi dari udang segar, sangat memikat selera!

Kalau nak lebih pedas boleh tambah cili padi, nak lebih pekat boleh lebihkan santan. Ditambah pula dengan kacang buncis yang rangup, memang lengkap hidangan ringkas tapi puas hati. Jom cuba!

Baca juga: Petua Udang Rangup, Juicy & Warna Oren Menyala Cantik, Rahsianya Mudah Saja!

RESEPI GULAI LEMAK KUNING UDANG DENGAN KACANG BUNCIS

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang (dibersihkan & buang sesungut)
  • 1 genggam kacang buncis (dihiris serong)
  • 1 kotak santan pekat (200ml)
  • 1 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit (dicarik & dihiris halus)
  • 1 batang serai (dititik)

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup (atau boleh guna sedikit serbuk kunyit)
  • 2 biji cili merah (jika mahu lebih pedas, tambah cili padi)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan pekat dan air. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
  3. Bila kuah mula mendidih, masukkan udang dan kacang buncis.
  4. Masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  5. Reneh selama 5–7 minit hingga udang masak dan kuah sedikit pekat.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Udang Buttermilk, Kuah Pekat Melekat & Bau Daun Kari Memikat Selera!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

11 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

12 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

14 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

15 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

18 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

18 hours ago