
Sesetengah orang suka guna santan daripada kelapa parut kerana hidangan terasa lebih asli. Kali ini, anda boleh belajar cara perah santan supaya hasilnya pekat dan likat.
Santan merupakan cecair yang terhasil dari parutan isi buah kelapa. Berbeza dari air kelapa, rasa lemak dan warna santan datangnya daripada kandungan minyak yang banyak.
Orang Malaysia sering menggunakan santan sebagai salah satu ramuan makanan yang popular. Pelbagai hidangan terhasil daripadanya seperti gulai, masak lemak, kari dan banyak lagi.
Sejak dulu lagi, santan digunakan sebagai perasa yang menyedapkan masakan dan orang dulu-dulu dapatkan santan dengan memerahnya bersama air panas daripada kelapa yang diparut.
Tak ramai yang tahu, sebenarnya ada cara perah santan yang menarik tanpa memenatkan tangan. Bukan saja hasilnya pekat, malah anda akan terasa puas menggunakannya.
Baca juga: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap
CARA PERAH SANTAN YANG PEKAT LIKAT
1. Mula-mula, sediakan ½kg kelapa parut dalam satu bekas.

2. Selepas itu, bahagikan kelapa parut itu kepada 2 bekas yang berlainan.

3. Gunakan bekas pertama dan masukkan air suam, kemudian kisar.

4. Seterusnya, perah atau tapis santan yang pertama.

5. Setelah itu, kisar bekas kelapa parut yang kedua dengan air santan yang baru diperah tadi.

6. Kemudian, perah atau tapis lagi sekali untuk dapatkan santan yang lebih banyak. Siap untuk digunakan!

Kenapa mesti bahagikan kepada dua bekas yang berbeza? Sebenarnya, pengasingan ini adalah untuk mengisar kelapa parut dan air sekali saja, barulah santan jadi lebih pekat daripada biasa.
Bayangkan dengan ½kg kelapa parut tadi, boleh dapat sebanyak 500ml santan pekat untuk digunakan dalam masakan. Dengan cara ini, pasti anda lebih suka gunakan santan yang asli.
Walaupun lebih mudah menggunakan santan kotak, namun cara perah santan ini boleh buat hidangan anda terasa lebih asli, selamat dan terjamin kesedapannya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: tyrah amalin
Baca juga: Tips Cairkan Santan Beku Dari Peti Ais, Teknik Ini Dijamin Santan Jadi Cair Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














