cara rebus udang

Nak tahu cara rebus udang yang betul supaya hasilnya lembut, juicy dan tak liat? Ramai yang silap, sebab ingat rebus lama-lama boleh buat udang masak sempurna.

Sebenarnya, cara itu hanya akan buat isi udang jadi keras dan hilang rasa manis semula jadi. Malah, terlebih seminit pun boleh buat teksturnya kecut dan tak sedap.

Jangan risau, teknik rebus udang yang kami kongsikan ini sangat mudah dan sesiapa pun boleh buat. Yang penting, ikut langkah yang betul supaya hasilnya memang jadi!

Baca juga: Cara Kisar Cili Guna Blender, Hasil Kasar Macam Tumbuk Guna Lesung Batu!

CARA REBUS UDANG SUPAYA RANGUP, JUICY  & WARNA OREN MENYALA CANTIK

cara rebus udang

1. Masak Sebentar Sahaja

Panaskan air hingga mendidih, masukkan sedikit garam. Rebus udang sekejap sahaja, dalam 1–2 minit, cukup sampai warnanya berubah jadi oren terang dan udang melengkung membentuk huruf ‘C’. Jangan lama sangat, nanti teksturnya jadi keras.

2. Sejukkan Dalam Air Ais

Selepas angkat, segera rendam udang dalam mangkuk berisi air berais. Langkah ini hentikan haba panas daripada terus memasak isi udang. Hasilnya, rasa manis semula jadi kekal dan tekstur isi tetap lembut serta juicy.

Tip tambahan:

  • Tambahkan sedikit garam dalam air rebusan supaya rasa udang lebih segar.
  • Kalau rebus banyak, buat secara berperingkat. Pastikan setiap kali angkat terus rendam dalam ais dahulu.
  • Jangan buang air rebusan udang. Simpan dalam peti sejuk untuk dijadikan stok sup atau asas kuah, rasanya memang padu!

Sumber: Che Nom

Baca juga: Petua Bersihkan Kuali Lama ‘Legend’, Dari Hitam Legam Jadi Berkilat Macam Baru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN