resepi udang buttermilk

Kalau dah selalu masak ayam buttermilk, jom cuba resepi udang buttermilk pula. Cara memasaknya sama saja, yang berbeza adalah penggunan lauk.

Ramai yang suka masak menu buttermilk ini sebab rasa kuah lemak berkrim, sedikit pedas dengan aroma daun kari yang memikat.

Bila kuah yang pekat berlemak digandingkan dengan udang goreng rangup, memang buat kita tak berhenti menambah nasi. Tunggu apa lagi, jom cuba masak!

Baca juga: Petua Udang Rangup, Juicy & Warna Oren Menyala Cantik, Rahsianya Mudah Saja!

RESEPI UDANG BUTTERMILK

resepi udang buttermilk

Bahan A (udang goreng):

  • Udang (cuci bersih, buang antena dan kotoran)
  • Tepung jagung (secukupnya untuk salut udang)
  • Minyak (untuk menggoreng)

Bahan B (sos buttermilk):

  • ½ biji bawang holland (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 biji cili padi merah & hijau (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 50 gram butter
  • 1 tin susu cair
  • Garam & gula (secukup rasa)

Cara memasak:

  1. Salut udang dengan tepung jagung dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang holland, bawang putih, cili padi dan daun kari hingga naik bau harum.
  3. Masukkan susu cair, perasakan dengan sedikit garam dan gula. Didihkan sekejap lebih kurang 1 minit.
  4. Curahkan kuah buttermilk ke atas udang goreng tadi.
  5. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Resipi Udang Nestum Yang Menjadi Kegemaran Ramai, Ratah Saja Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN