Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut berkrim? Tak perlu selalu beli di kedai kerana pencuci mulut yang nampak mewah ini sebenarnya boleh disediakan sendiri di rumah.
Resepi Portuguese Egg Tart perkongsian Yusma Mustafa ini menggunakan puff pastry segera sahaja. Tak perlu bersusah payah membuat kulit pastri dari awal. Dengan sukatan yang dikongsikan, boleh dapat 10 biji tart bersaiz besar untuk dinikmati bersama keluarga.
Baca juga: Resepi Apple Pie Guna Pastri Segera, 10 Minit Siap Dengan Rangup Dan Wangi Satu Rumah!
Salah satu perkara yang memudahkan penyediaan Portuguese Egg Tart ini ialah penggunaan puff pastry segera jenama Kawan.
Kulit pastri hanya perlu dicanai, dipotong mengikut saiz acuan dan disusun sebelum dituangkan dengan adunan kastard. Memang praktikal, terutama bagi yang pertama kali ingin mencuba membuat tart sendiri.
Untuk intinya pula, adunan kastard menggunakan bahan-bahan asas seperti telur, susu, gula kastor, esen vanila dan tepung jagung. Semua bahan hanya perlu dicampurkan sehingga sebati sebelum ditapis.
Hasilnya ialah Portuguese Egg Tart dengan kulit pastri berlapis serta inti kastard yang lembut dan menyelerakan.
Bahan-bahan
Bahan kulit pastri:
Bahan-bahan kastard:
Cara-cara Penyediaan:
1. Keluarkan puff pastry dan canaikan terlebih dahulu. Pastikan kulit pastri tidak terlalu nipis.
2. Potong kulit pastri mengikut saiz yang lebih besar daripada acuan tart.
3. Masukkan setiap keping puff pastry ke dalam acuan aluminium foil.
4. Kemaskan bahagian tepi pastri. Lebihan kulit yang terkeluar boleh dipotong menggunakan gunting atau pisau.
5. Ulang langkah yang sama sehingga semua kulit pastri habis digunakan.
6. Seterusnya, sediakan adunan kastard dengan mencampurkan telur, esen vanila, air, susu, gula kastor dan tepung jagung ke dalam satu bekas.
7. Kacau semua bahan sehingga sebati.
8. Tapis adunan kastard terlebih dahulu supaya teksturnya lebih halus.
9. Tuangkan adunan kastard ke dalam setiap acuan yang telah dilapik dengan puff pastry.
10. Susun semua acuan di atas dulang pembakar.
11. Bakar pada suhu 200°C selama 40 minit.
12. Setelah masak, keluarkan Portuguese Egg Tart daripada ketuhar dan biarkan seketika sebelum dinikmati.
Ada beberapa perkara yang boleh diberi perhatian ketika menyediakan tart ini supaya hasilnya lebih cantik dan menyelerakan.
Apa yang menarik tentang resipi ini, penggunaan 10 keping puff pastry menghasilkan 10 biji Portuguese Egg Tart bersaiz besar.
Apabila dipotong dua, jelas kelihatan bahagian dalamnya yang dipenuhi inti kastard lembut, manakala bahagian luarnya mempunyai lapisan pastri yang rangup.
Memang sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pencuci mulut untuk keluarga. Kalau ada lebihan puff pastry di rumah, bolehlah cuba resipi ini pula.
Terima kasih kepada Yusma Mustafa atas perkongsian resipi. Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Resepi Egg Tart Mixue Viral, Gabungan Aiskrim & Tart Lembut Yang Buat Ramai Tak Percaya Sedapnya!
Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…
Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…
Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…
Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…
Resepi pizza roti ini sesuai dijadikan pilihan bekal anak-anak yang ringkas tetapi tetap menyelerakan. Rasanya…
Minuman jus beauty shot ini menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin…