kunyit hidup

Kunyit hidup adalah antara bahan penting dalam banyak masakan, tetapi masalah biasa yang sering berlaku ialah kunyit cepat kecut atau kering bila disimpan terlalu lama dalam peti sejuk. Sebenarnya, ada cara mudah dan berkesan untuk pastikan kunyit kekal segar walaupun disimpan berbulan-bulan.

Dengan teknik simpanan yang betul, kunyit bukan saja kekal segar malah warnanya juga tetap cantik dan baunya masih kuat. Kaedah menyimpan ini sangat mudah dan tidak memerlukan banyak kos atau masa.

Baca juga: Cara Simpan Serai Tahan Lebih Lama, Berbulan-Bulan Masih Harum & Segar!

CARA SIMPAN KUNYIT HIDUP AGAR TAHAN LAMA & TAK KECUT

kunyit hidup

Berikut adalah langkah-langkahnya:

Cara-caranya:

  1. Bersihkan kunyit hidup yang baru dibeli dengan membuang kotoran atau tanah yang melekat. Tidak perlu mengupas kulitnya, cukup sekadar membersihkan permukaan.
  2. Masukkan kunyit ke dalam bekas bertutup yang bersih.
  3. Isikan air bersih ke dalam bekas sehingga menutupi semua kunyit. Pastikan air yang digunakan adalah air bertapis atau air masak untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  4. Tutup bekas dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk (chiller).
  5. Tukar air setiap dua minggu sekali bagi memastikan kunyit kekal segar dan tidak berbau.

Dengan cara ini, kunyit hidup akan tahan lebih lama, kekal keras dan tidak mudah kecut. Tip ini sangat praktikal untuk memastikan stok bahan dapur sentiasa dalam keadaan terbaik, terutamanya bagi yang jarang menggunakan kunyit dalam jumlah banyak.

Sumber: KU Nor Ashikin

Baca juga: Tip Simpan Petai Supaya Tahan Lama, Lebih Setahun Pun Masih ‘Fresh’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN