Waktu pagi ramai nak cari menu yang cepat, ringkas dan sedap. Tak semestinya kena berat, kadangkala resipi roti bakar saja sudah cukup buat perut seisi keluarga rasa bahagia.
Antara versi roti bakar yang paling ramai suka adalah seperti yang dibuat di kopitiam. Kaya dan butter yang cair atas roti panas memang gabungan klasik yang susah nak tandingi.
Izz Aishah telah kongsikan resipi roti bakar ala kopitiam di Facebook yang sangat menyelerakan dan memang sesuai untuk cuba sendiri di rumah. Jom kita tengok resipinya!
Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup, Sekali Gigit Memang Susah Nak Berhenti!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, sapu kaya pada roti.
2. Selepas itu, potong butter secara berkeping-keping.
3. Kemudian, letakkan terus di atas roti.
4. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 190°C selama 7 hingga 10 minit.
Walaupun ringkas, kombinasi rasa kaya dan butter yang cair di atas roti bakar memang buat orang tak puas makan. Oleh itu, ia sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang di rumah.
Jika sebelum ini hanya pesan roti bakar di kopitiam, selepas ini bolehlah buat sendiri di rumah supaya lebih puas hati. Paling penting, bau harum roti bakar dari oven memang lain macam sedapnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Izz Aishah
Baca juga: Roti Telur Tanpa Minyak, Resipi Jimat & Mudah Buat Anak Kenyang Sampai Tengah Hari
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…