
Gulai lemak kuning udang ini memang wajib cuba masak. Kuahnya pekat berlemak, harum bau kunyit dan ada rasa manis semula jadi dari udang segar, sangat memikat selera!
Kalau nak lebih pedas boleh tambah cili padi, nak lebih pekat boleh lebihkan santan. Ditambah pula dengan kacang buncis yang rangup, memang lengkap hidangan ringkas tapi puas hati. Jom cuba!
Baca juga: Petua Udang Rangup, Juicy & Warna Oren Menyala Cantik, Rahsianya Mudah Saja!
RESEPI GULAI LEMAK KUNING UDANG DENGAN KACANG BUNCIS

Bahan-bahan:
- 10 ekor udang (dibersihkan & buang sesungut)
- 1 genggam kacang buncis (dihiris serong)
- 1 kotak santan pekat (200ml)
- 1 cawan air
- Garam & gula secukup rasa
- 1 helai daun kunyit (dicarik & dihiris halus)
- 1 batang serai (dititik)
Bahan kisar:
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup (atau boleh guna sedikit serbuk kunyit)
- 2 biji cili merah (jika mahu lebih pedas, tambah cili padi)
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
- Masukkan santan pekat dan air. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
- Bila kuah mula mendidih, masukkan udang dan kacang buncis.
- Masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
- Reneh selama 5–7 minit hingga udang masak dan kuah sedikit pekat.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Sumber: Khalif Khlif
Baca juga: Resipi Udang Buttermilk, Kuah Pekat Melekat & Bau Daun Kari Memikat Selera!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














