resepi ayam berlada

Resepi ayam berlada ini memang unik dan lain dari lain. Gabungan cili padi dan daun kunyit menghasilkan hidangan yang pedas, beraroma dan penuh rasa.

Menu ini juga menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasar raya dan cara penyediaannya juga tidak begitu rumit.

Tidak hanya enak, hidangan ini juga boleh disesuaikan dengan tahap kepedasan mengikut cita rasa masing-masing. Jangan lupa cuba di rumah ya!

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Berserdak Rangup, Sedap Meratah!

RESEPI AYAM BERLADA DAUN KUNYIT

resepi ayam berlada

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng separuh masak)
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari
  • 1 sudu kecil MSG (jika suka)
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Daun kunyit (dihiris halus)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan yang bertanda (*) iaitu cili padi, cili merah, bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan semua bahan ini ke dalam pengisar dan kisar kasar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Sambil menunggu bahan tumisan masak, masukkan sos tiram, serbuk kunyit, asam keping dan gula. Gaul rata supaya semua bahan sebati.
  4. Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak ke dalam kuali. Ratakan semua bahan dengan ayam, biarkan selama 3 hingga 4 minit supaya ayam sebati dengan bumbu.
  5. Terakhir, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
  6. Ayam berlado daun kunyit siap untuk dihidang! Nikmati bersama nasi putih panas atau nasi goreng.

Sumber: Cik Ena Rahman

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet Serba Guna, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN