Categories: Resipi

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi apam red velvet coklat pula. Gabungan warna merah dan coklat dalam satu acuan membuatkannya kelihatan menarik, sekali gus menjadikan kuih ini nampak lebih istimewa.

Selain tampil dengan dua warna, apam ini turut menggabungkan rasa red velvet dan coklat dalam setiap gigitan. Memang sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sebagai buah tangan apabila berkunjung ke rumah saudara-mara.

Proses membuatnya juga menarik kerana kedua-dua adunan perlu dimasukkan ke dalam piping bag sebelum dipaipkan ke dalam acuan. Boleh hasilkan corak mengikut kreativiti sendiri, sama ada berselang-seli atau digabungkan untuk mendapatkan rupa apam yang lebih unik.

Baca juga: Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

RESIPI APAM RED VELVET COKLAT

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 120g gula
  • 125g tepung gandum*
  • 10g tepung jagung*
  • ½ sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh ovelette
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 130ml santan (65ml santan kotak + 65ml air)

Bahan tambahan:

  • Red velvet paste atau emalco
  • Paste coklat atau emalco
  • ½ sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • Minyak untuk sapuan acuan

Nota: Ayak bahan yang bertanda (*).

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan telur, gula, ovelette, garam dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul menggunakan pengadun sehingga adunan kembang, berwarna putih dan pekat.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dan santan secara berselang-seli. Pukul pada kelajuan perlahan sekadar semua bahan sebati.
  4. Teruskan menggaul menggunakan spatula sehingga adunan bercampur rata.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak.
  6. Untuk adunan pertama, masukkan red velvet paste atau emalco bersama ½ sudu kecil serbuk koko. Gaul sehingga warna sekata.
  7. Untuk adunan kedua, masukkan paste coklat atau emalco bersama 1 sudu kecil serbuk koko. Gaul sehingga sebati.
  8. Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag secara berasingan.
  9. Sapu acuan dengan sedikit minyak secara menyeluruh supaya apam mudah dikeluarkan selepas masak.
  10. Paipkan kedua-dua adunan ke dalam acuan mengikut corak yang disukai.
  11. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Kukus apam selama 15 minit menggunakan api sederhana.
  12. Setelah masak, keluarkan apam daripada acuan dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.

Tip: Pastikan adunan dipukul sehingga benar-benar kembang dan pekat pada peringkat awal supaya tekstur apam lebih gebu. Jangan terlebih mengacau selepas tepung dimasukkan bagi mengekalkan kelembutan kuih.

Sumber: Bam Azimad

Baca juga: Apam Gula Hangus Gebu Tak Perlu Banyak Bahan, Kukus 10 Minit Saja Dah Siap

Wan N

Recent Posts

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

29 minutes ago

Resipi Siakap Kengsom Tanpa Minyak, Lengkap Dengan Protein Dan Serat!

Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…

34 minutes ago

Tak Perlu Uli Doh! Resipi Pizza Roti Dengan Cheese Meleleh Ini Sesuai Jadi Bekal Anak Ke Sekolah

Resepi pizza roti ini sesuai dijadikan pilihan bekal anak-anak yang ringkas tetapi tetap menyelerakan. Rasanya…

2 hours ago

Resipi Jus ‘Beauty Shot’ Homemade Dengan 5 Bahan Berkhasiat, Rahsia Kulit Makin Cantik!

Minuman jus beauty shot ini menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin…

19 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Adunan Blender Dan Topping Coklat Buat Ramai Terliur!

Kalau teringin menikmati kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa coklat, bolehlah cuba…

21 hours ago

Peniaga Tidak Lagi Boleh Guna Nama & Logo ‘Nasi Kerabu Kelantan’ Sesuka Hati, Ini Sebabnya

Nasi Kerabu Kelantan cukup terkenal dengan nasi berwarna biru, ulam-ulaman segar, sambal kelapa, budu dan…

21 hours ago