Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga. Rasanya yang sedikit manis dan pedas dengan kuah merah yang pekat menjadikan lauk ini sesuai untuk pelbagai peringkat usia.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada gabungan rasa rempah, cili dan bahan tumisan yang menghasilkan kuah beraroma. Ayam yang digoreng terlebih dahulu pula memberikan tekstur yang lebih menarik apabila digaul bersama kuah.

Resipi ayam masak merah simple ini juga tidak memerlukan banyak bahan atau teknik memasak yang rumit. Anda boleh menyediakan hidangan ini di rumah tanpa mengambil masa yang terlalu lama, sesuai untuk melengkapkan menu makan tengah hari.

Baca juga: Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

RESIPI AYAM MASAK MERAH PEKAT

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai, dititik
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili (pilihan)
  • Ayam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa secukupnya
  • Bawang holland, dihiris
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air secara berperingkat sebanyak tiga kali supaya cili benar-benar masak dan tidak berbau mentah.
  5. Masukkan garam, gula, perasa dan sos cili. Kacau sehingga sebati.
  6. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga ayam bersalut rata dengan kuah.
  8. Akhir sekali, taburkan hirisan bawang Holland. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @izzatimi

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Izzati

Recent Posts

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

15 minutes ago

Resipi Siakap Kengsom Tanpa Minyak, Lengkap Dengan Protein Dan Serat!

Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…

26 minutes ago

Tak Perlu Uli Doh! Resipi Pizza Roti Dengan Cheese Meleleh Ini Sesuai Jadi Bekal Anak Ke Sekolah

Resepi pizza roti ini sesuai dijadikan pilihan bekal anak-anak yang ringkas tetapi tetap menyelerakan. Rasanya…

2 hours ago

Resipi Jus ‘Beauty Shot’ Homemade Dengan 5 Bahan Berkhasiat, Rahsia Kulit Makin Cantik!

Minuman jus beauty shot ini menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin…

19 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Adunan Blender Dan Topping Coklat Buat Ramai Terliur!

Kalau teringin menikmati kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa coklat, bolehlah cuba…

20 hours ago

Peniaga Tidak Lagi Boleh Guna Nama & Logo ‘Nasi Kerabu Kelantan’ Sesuka Hati, Ini Sebabnya

Nasi Kerabu Kelantan cukup terkenal dengan nasi berwarna biru, ulam-ulaman segar, sambal kelapa, budu dan…

21 hours ago