Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba resepi fish and chips ini sendiri di rumah. Caranya cukup mudah!
Jika sebelum ini kita akan pergi ke restoran atau kafe western untuk menikmati fish and chips, kali ini jom kita cuba masak sendiri di rumah.
Jika makan di kafe, harga satu hidangan lebih kurang RM18. Tapi jika buat sendiri, dengan harga ini boleh sediakan untuk empat orang makan. Jimat kan?
Kalau ada yang nak cuba, ayuh ikuti resipi perkongsian oleh Wan Luqman di bawah.
Baca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC
RESEPI FISH AND CHIPS HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 2 keping isi ikan dori
- Salad / kale
- Lemon
- 2-3 biji ubi kentang
- Serbuk perisa BBQ
Bahan-bahan salutan:
- 5 sudu makan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan tepung jagung
- Garam dan lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kari ikan
- Air secukupnya
Bahan-bahan sos tartar:
- 1-2 ulas bawang putih – dicincang halus
- Sedikit bawang holland – dicincang halus
- 5 sudu makan mayones
- Timun jepun
- Saderi
- Jus lemon
- Parsli
- Sedikit garam dan lada sulah
Cara memasak:
1. Pertama sekali, kupas ubi kentang dan potong bentuk jejari. Rendam sekejap dalam air untuk membuang kanji.
2. Kemudian rebus dalam 5 minit. Tos dan tapis. Ketepikan.
3. Ambil isi ikan dori. Harga 2 keping begini dalam RM12.
4. Potong dua. Kemudian potong lagi 2 untuk setiap 1 keping tu.
5. Potong kecik macam ni. Akan dapat 8 keping tau. Boleh makan untuk 4 orang dengan isi ikan yang harga RM12.
6. Satukan bahan-bahan untuk tepung salutan ikan. Masukkan air sedikit demi sedikit.Bancuh hingga dapat tekstur yang tidak cair dan juga tidak terlalu pekat. Ketepikan.
7. Untuk membuat Sos Tartar, satukan semua bahan di dalam mangkuk yang bersesuaian. Sebatikan.
8. Sos Tartar ini versi ringkas. Sepatutnya kena ada pickles, capers dan dill. Tapi disebabkan tak ada, gantikan sahaja dengan daun parsli, saderi, dan sedikit lemon thyme. Lemon thyme tu tak wajib pun ya. Timun jepun dan saderi tu sekadar untuk dapat rasa rangup dan segar.
9. Sos Tartar versi ringkas yang siap disediakan. Nak rasa lagi sedap, boleh tambahkan sedikit susu pekat manis.
10. Goreng ubi kentang tadi hingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan. Kemudian boleh gaul dengan serbuk perisa BBQ jika suka.
11. Panaskan minyak dalam kuali, celup kepingan ikan Dori ke dalam bancuhan tepung dan goreng fillet ikan sehingga garing.
12. Susun Kentang, filet ikan dan sos tartar di dalam pinggan bersama salad dan juga hirisan lemon.
13. Fish & Chips homemade sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Wan Luqman
Baca juga: Resipi Hainanese Chicken Chop, Sos Tak Muak & Lagi Mantap Dari Biasa!