cara buat mooncake

Jika anda belum pernah makan Mooncake Thousand Layer, kami cadangkan anda cuba cara buat Mooncake ini sekali seumur hidup kerana sedapnya sangat luar biasa.

Apabila bercerita tentang Mooncake, pasti anda terfikirkan kuih tradisional Cina yang berbentuk bulat, bercorak cantik dan diisi dengan pelbagai jenis inti.

Mooncake Thousand Layer merupakan sejenis kuih berinti kacang merah yang bentuk luarnya berlapis-lapis kerana menggunakan resipi kulit karipap pusing.

Babylynn Bong telah kongsikan cara buat Mooncake Thousand Layer dengan menggunakan resipi kulit karipap pusing oleh Azhariah Adnan di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kulit Karipap Pusing Langkah Demi Langkah, Rangupnya Tahan Lama!

CARA BUAT MOONCAKE THOUSAND LAYER

cara buat mooncake

Bahan-bahan:

  • Kacang merah (sebagai inti)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Bahan-bahan doh A (doh luar):

  • 1200gram tepung gandum ros
  • 70gram tepung jagung
  • 115gram marjerin pelangi
  • 520gram air
  • 2 sudu gula (guna sudu sup)
  • 2 tutup botol air mineral garam

Bahan-bahan doh B:

  • 55gram tepung beras
  • 170gram tepung gandum
  • 115gram marjerin

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan doh A dengan mencampurkan tepung gandum, tepung jagung dan marjerin bersama gula, garam dan air ke dalam satu bekas.

2. Selepas itu, gaul dan uli sampai doh tak melekat pada tangan.

*Masukkan 500gm dulu air, jika rasa keras, baru tambah sedikit demi sedikit, bergantung pada kualiti tepung.

3. Bulat-bulatkan doh dan timbang setiap satu beratnya 200gram, kemudian ketepikan dahulu.

4. Sediakan doh B dengan mencampurkan tepung beras, tepung gandum dan marjerin, kemudian gaul sampai sebati.

5. Bulat-bulatkan doh dan timbang setiap satu beratnya 35gram.

6. Ambil doh A dan isi dengan doh B, kemudian tutup rapat dan buat sampai habis.

7. Ambil 1 bebola dan gelek memanjang, kemudian gulung dari bawah ke atas. Sebelum gulung, boleh sapu sedikit shortening.

8. Selepas itu, hiris, ambil satu potong doh dan gelek sampai lebar.

cara buat mooncake

9. Letak inti kacang merah, bungkus dengan elok dan guntingkan lebihan doh.

10. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Sekali-sekala nak buat kuih lain dari yang lain, bolehlah guna cara buat Mooncake Thousand Layer ini. Kerangupan kulit luar bersama inti kacang merah yang lazat pasti memikat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Babylynn Bong, Azhariah Adnan

Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN