ayam goreng kunyit

Sebelum ni kalau buat ayam goreng kunyit mesti ayam dia tu keras. Kalau dah sejuk nak makan pon jadi tak selera. Teringin nak makan ayam goreng kunyit versi lembut tapi tak tahu caranya? Che Kam ada tipsnya.

Bila dah try resipi ni korang tak perlu pening lagi dah nak cari resipi baru. Yang penting jimat duit sebab tak perlu pergi makan dekat kedai lagi dah. Hanya perlu bukak peti ais korang dan mula memasak.

Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Yang Super Lembut

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam
  • Kacang panjang
  • Bawang holland

Cara-cara:

  1. Letakkan 2 sudu makan tepung jagung ke dalam mangkuk berisi ayam
  2. Tambah 1 sudu makan serbuk kari dan serbuk cili. Letak pula 1 sudu teh serbuk kunyit dan 1 kiub ayam.ayam goreng kunyit
  3. Gaul rata bahan-bahan tersebut dengan ayam dalam bekas itu.
  4. Goreng ayam hingga garing.
  5. Masukkan bawang holland, cili dan kacang panjang. Masak sehingga sayur layu. ayam goreng kunyit
  6. Hidangan siap. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Senang je kan nak buat ayam goreng kunyit ni. Lepas ni, siapa-siapa yang nak bawak bekal pergi kerja boleh guna resipi ni. Sangat mudah dan jimat masa. Selamat mencuba.

Baca juga:

Resipi ‘Nasi Goreng’ Tanpa Nasi, Sesuai Untuk Korang Yang Tengah Diet

Mudahnya Nak Buat Gulai Darat Daging, Tak Perlu Tumis Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN