dim sum sedap

Teringin makan dim sum sedap seperti di restoran tapi tak tahu pula cara membuatnya. Jangan risau, kami akan kongsikan resipi ringkas dan mudah untuk anda cuba di rumah.

Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang lazat dinikmati pada waktu pagi hingga tengah hari. Biasanya, ia dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Salimah Olie telah kongsikan resipi Dim Sum sedap di Facebook yang boleh dibuat secara kukus atau goreng dengan mudah dan hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Dim Sum Guna Kulit Popia Vietnam, Lebih Sedap Dari Biasa!

RESIPI DIM SUM SEDAP

dim sum sedap

Bahan-bahan:

Bahan-bahan inti:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, hancurkan isi ayam dan udang dengan menggunakan food processor. Jika tiada, boleh tumbuk atau cincang saja sampai hancur.

2. Kemudian, masukkan isi ayam dan udang yang telah dihancurkan bersama tepung jagung, lobak merah, cendawan shitake, telur, minyak bijan dan garam.

dim sum sedap

3. Selepas itu, gaul semua bahan sampai sebati (boleh letak daun bawang juga jika suka).

4. Ambil sehelai kulit wanton dan letakkan inti, kemudian bungkus dengan cantik.

5. Setelah siap dibungkus, boleh kukus dalam 3 atau 4 minit sampai kulitnya jadi warna jernih.

6. Jika dalam versi goreng, gunakan api perlahan dan goreng sampai garing, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Dim Sum sangat sedap dimakan dengan mencicahnya dalam sos cili dan sos manis. Jika anda hidangkannya untuk keluarga di rumah, pasti mereka memuji kesedapannya nanti.

Bagi mempelbagaikan hidangan, anda boleh mengolah resipi Dim Sum ini dengan menggunakan inti lain seperti daging, ketam, sayur dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Salimah Olie

Baca juga: Resepi Chee Cheong Fun Udang, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Guna Rice Paper

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN