hainanese chicken chop

Resipi Hainanese Chicken Chop ini sedikit berbeza dari chicken chop biasa. Sosnya juga lebih ringan dan tak muak.

Chicken chop hainan ini salah satu menu yang wajib dipesan jika ke kedai makan kopitiam. Memang cukup sedap!

Kalau ada yang nak cuba memasaknya, ikut saja resipi perkongsian oleh Zalina Yahaya di bawah.

Baca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC

RESIPI HAINANESE CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:

  • Ayam chicken chop
  • Lada sulah
  • Lea & Perrins sos
  • 2 sudu besae gula
  • Sedikit garam
  • Tepung jagung

Bahan-bahan sos:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 6-7 besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar maggi seasoning
  • 4 sudu besar Lea & Perrins
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung  
  • Sedikit air

Cara-cara:

1. Perap ayam dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, gula dan sedikit garam.

2. Sebelum goreng, lumur dengan tepung jagung. Goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.

hainanese chicken chop

3. Cara membuat sos, tumis 1/2 biji bawang holland. Masukkan campuran sos tomato, sos cili, lada sulah, maggi seasoning, sos Lea & Perrins, gula, garam dan air.

4. Kacau rata dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan bacuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Siap.

Cara menghidang:

1. Susunkan ayam, ubi kentang (direbus dan digoreng), tomato dan green peas. Kemudian tuangkan sos ke atas ayam. Selamat mencuba!

hainanese chicken chop

Kredit resipi dan gambar: Zalina Yahaya

Baca juga: Cara Buat Chicken Chop Homemade Guna Tepung Gandum, Hasilnya Kerak Cantik & Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN