Chicken Chop Brown Sauce

Kadang-kadang muncul rasa muak makan nasi kan? Mana tidaknya, boleh dikatakan sehari sampai 2 atau 3 kali makan nasi. Jom tukar selera dengan membuat Chicken Chop Brown Sauce ini.

Kadang-kadang tukar selera western tak salah kan? Sedap juga ni kalau buat untuk makan malam nanti. Nak lagi sedap, buat sekali coleslaw ala KFC. Ikut je resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Norhidayu Abdull Rashid.

Resipi Chicken Chop Brown Sauce & Coleslaw Ala KFC

Bahan-bahan brown sauce:

  • 1/2 biji bawang holland – saya pakai bawang besar je (potong dadu)
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
  • 2 sudu besar tepung gandum – bancuh dgn air panas sikit
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos blackpepper
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar butter
(Ayam beli kat AEON yang memang dah siap potong untuk chicken chop, boleh terus guna)

Cara-cara buat brown sos:

  1. Panaskan butter dan tumis bawang sampai naik bau wangi.
  2. Masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dengan whisk jangan smpai berketul. Masuk air 1 cawan.
  4. Masukkan semua jenis sos dan kiub pati ayam. Masukkan lagi baki air tadi.
  5. Kacau sampai pekat. Tak perlu tambah garam dan gula.

Bahan-bahan Coleslaw Ala KFC:

  • Kubis – hiris nipis
  • Carrot – sagat
  • Jus lemon – saya guna cuka je
  • Garam
  • Gula
  • Mayonis
  • Susu segar

Cara-cara buat Coleslaw Ala KFC:

  1. Campur semua sayur dan bahan lain sedikit demi sedikit smpai dapat tekstur coleslaw yang digemari.

Selamat mencuba!

Kredit: Norhidayu Abdull Rashid

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Celup Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur