ayam kicap simple

Jom cuba resipi ayam kicap simple yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh di bawah ini.

Menurut beliau, resipi tersebut merupakan hasil yang dipelajari dari arwah ibunya.

Kalau kalian tiada idea nak masak apa, bolehlah cuba masak menu ini nanti ya. Selamat mencuba!

Baca juga: Bapa Ini Kongsi Resipi Nasi Butter Ayam Rangup, Anak Mesti Naik Selera!

RESIPI AYAM KICAP SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor – dipotong kecil
  • Serai 2 btang dihiris nipis
  • Halia seinci
  • Bawang putih 6 ulas
  • Cili kering kisar 1 senduk
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos tomato 3 sudu
  • Sos tiram 2 sudu
  • Kicap pekat 3 sudu
  • Bawang besar – dipotong bulat
  • Cili besar – dihiris nipis

Cara-cara:

1. Cuci bersih ayam. Gaul dengan garam, ajinamoto dan kunyit.

2. Goreng ayam sehingga separa masak, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tumbuk serai, halia dan bawang putih sehingga halus dan lumat.

4. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.

5. Masukkan cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.

6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.

7. Perasakan dengan garam, ajinamoto dan gula.

8. Seterusnya masukkan bawang besar dan cili besar.

9. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.

10. Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala Mamak, Rangup Krup Krap Tak Boleh ‘Stop’ Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN