puding pandan

Muhammad Ali merupakan seorang bakers yang makin dikenali ramai kerana tidak lokek berkongsi aneka resipi kek. Kali ini beliau berkongsi pula resepi puding pandan swiss roll.

Biasanya kek swiss roll digunakan untuk membuat puding triffle saja kan? Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat puding seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Ali di bawah.

Baca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an

PUDING PANDAN SWISS ROLL

Bahan lapisan jelly:

  • 1 gulung swiss roll
  • Sedikit essen vanila ( dalam video sy guna vanila pod so yg hitam2 dalam tu adalah vanila yg sy ambil dari pod tu , lama kelamaan ianya akan sebati)
  • 3 setengah cawan air (875 ml)
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan air pandan (250ml, kisar dalam 6 helai daun pandan dan tapiskan untuk dapat air pandan) (bahagikan dua untuk lapisan jelly dan lapisan kedua)
  • Setengah cawan gula (100g)

Bahan lapisan puding:

  • Air pandan yang sudah dibahagi dua tadi
  • 1 cawan susu cair (250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream (200ml)

Cara-cara:

1. Masak kesemua bahan adunan. Kecuali swiss roll.

puding pandan

2. Kacau sampai mendidih, apabila dah mendidih boleh matikan api.

3. Ambil 1 cawan dari adunan jelly, kemudian tuang ke dalam loyang bersaiz 8 inci.

4. Sejukkan dalam 5 minit sehingga jelly menjadi keras.

5. Potong swiss roll dan susunkan ke atas lapisan jelly yang sudah mengeras tadi.

puding pandan

6. Sejukkan seketika sementara buat lapisan puding.

7. Untuk lapisan puding pula, masukkan susu cair dan dairy whipping cream dan sedikit garam.

8. Tuangkan juga baki air pandan tadi. Gaul sebati hingga mendidih dan matikan api.

9. Kacau kejap dan biarkan suam dahulu, kemudian baru tuangkan sedikit saja ke atas swiss roll tadi. Sambung sejukkan lagi dalam 5 minit.

puding pandan

10. Tuang perlahan-lahan baki adunan selepas 5 minit.

11. Sejukkan selama 4 hingga 5 jam sebelum dipotong.

12. Ketahanan puding dalam chiller adalah selama 3 hingga 4 hari. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali

Baca juga: Resipi Kek Marble Jelita Paling Sedap & Mudah, Ada 1 Bahan RAHSIA Wajib Letak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN