Jika anda sedang mencari resepi sambal belacan sedap, entri kali ini memang untuk anda. Cara penyediaannya sangat mudah, jadi ia memang berbaloi untuk dicuba.
Bagi tekak Melayu, rasanya tidak lengkap jika tiada stok sambal belacan di rumah. Makan apa pun rasa kurang ‘kick’, terutamanya kalau nak makan gulai atau sup.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba resipi ini sekarang!
Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!
RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP
Bahan-bahan:
- 2 mangkuk cili api
- 1 mangkuk cili besar (Untuk warna cantik, boleh campurkan cili hijau dan merah)
- 1 ketul besar belacan (lebih kurang sebesar ibu jari yang tersepit pintu)
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar kecil (Untuk rasa lebih sedap, boleh bakar bawang dan belacan terlebih dahulu)
- Gula, garam dan ajinomoto (ikut selera)
Cara-cara:
- Kisar semua bahan di atas menggunakan cuka makan.
- Jika anda berniaga atau sambal cepat habis, boleh tambahkan sedikit air.
- Jika untuk makan di rumah, kisar dengan cuka sahaja dan simpan dalam peti ais.
- Semakin lama disimpan, semakin padu rasanya!
Dengan cara ini, sambal akan lebih sedap dan tahan lama. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh
Baca juga: Resepi Sambal Jantan Yang Popular Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!