resepi jagung manis

Kalau pergi ke pasar malam memang tak sah jika tak beli jagung cup. Sebenarnya, resepi jagung manis ini sangat mudah untuk disediakan di rumah. Selain lebih menjimatkan, bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak.

Harga jagung cawan kecil sekarang pun boleh mencecah RM3. Jika mempunyai anak ramai, lebih berbaloi untuk membuatnya sendiri di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Asyik Rebus Bosan Juga, Jom Cuba Jagung Bakar Berperisa Yang Lagi Menarik!

RESEPI JAGUNG MANIS

resepi jagung manis

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Masukkan jagung beku ke dalam kukusan. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum meletakkan jagung. Kukus jagung selama 20 hingga 30 minit atau sehingga jagung masak dan lembut.
  2. Sementara menunggu jagung dikukus, sediakan bahan-bahan lain seperti marjerin, susu pekat manis, susu cair dan garam.
  3. Setelah jagung siap dikukus, keluarkan jagung dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan 4 sudu besar marjerin atau buttercup dan gaulkan rata.
  4. Tambahkan 3 sudu besar susu pekat manis untuk memberi rasa manis dan 6 sudu besar susu cair.
  5. Akhir sekali, tambahkan sedikit garam untuk seimbangkan rasa manis dan masin.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  7. Sedia untuk dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zaky Mat Ali

Baca juga: Buat Sendiri Jagung Gaul Kelapa Parut, Kalau Nak Beli Memang Susah Jumpa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN