Resepi brownies kedut ini sangat mudah, tetapi sedikit ‘tricky’ untuk mendapatkan hasil kedutan yang cantik di permukaan brownies.
Oleh itu, entri kali ini akan membantu anda, terutama yang baru pertama kali mencuba untuk membuat brownies kedut yang sempurna.
Jom ikut resipi brownies daripada Cik Puan Haja Saleh yang kaya dengan rasa coklat, tetapi tidak terlalu manis.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!
RESEPI BROWNIES KEDUT CONFIRM JADI
Bahan-bahan:
- 500g Milk Coin Beryls
- 180g Butter Anchor Salted
- 4 biji telur gred A (anggaran 50-55g sebiji)
- 260g gula kastor
- 180g tepung gandum
- 40g serbuk koko
- 1 tsp baking powder
- Pecan / walnut (optional)
- Cip coklat (optional)
Cara-cara penyediaannya:
Langkah 1:
Cairkan butter dan gula secara double boil. Panaskan air dan letakkan mangkuk berisi butter dan coklat di atasnya.
Langkah 2
Sediakan telur dan gula kastor dalam satu mangkuk. Pukul dua bahan ini sehingga tiada lagi ketulan gula.
Langkah 3:
Satukan bahan pada langkah 1 dan langkah 2, kacau hingga sebati.
Langkah 4:
Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan baking powder (wajib ayak, jangan malas!)
Langkah 5:
1. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan A & B. Kacau hingga sebati.
2. Selesai! Tambahkan pecan, walnut atau taburkan cip coklat di atasnya.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang (alas loyang dahulu).
4. Gunakan loyang 10 inci (nipis) seperti dalam gambar. Jika ingin kek yang lebih tebal, gunakan loyang 9 inci.
5. Jika menggunakan loyang 7 inci, bahagikan bahan kepada dua bahagian.
6. Panaskan oven 15 minit sebelum bakar.
7. Bakar pada suhu 140°C selama 30 minit. Selamat mencuba!
Sumber: Haja Saleh
Baca juga: Resipi Kek Batik Coklat Melting, Bila Gigit Lembut Macam Kek!