cara masak bubur nasi

Jom MyResipi kongsikan cara masak bubur nasi dalam masa 15 minit sahaja. Tips ini sangat membantu ibu-ibu yang sibuk bekerja tapi perlu sediakan bubur nasi untuk sarapan atau makanan bayi mereka.

Maklumlah, kalau nak masak bubur memang ambil masa yang lama untuk nasinya menjadi lembut dan sebati. Walaupun sekadar 1 cawan beras, tetap ambil masa yang lama untuk memasaknya.

Satu cara lagi supaya nasi cepat lembut adalah dengan menggunakan pressure cookerNamun begitu, bukan semua orang ada barang tersebut di rumah.

Jadi, dengan adanya tips ini diharapkan dapat membantu ibu-ibu untuk menyediakan makanan untuk sarapan atau makan malam buat keluarga mereka.

Baca juga: Ayam Nampak Tak ‘Fresh’? Ikut Petua Ini Supaya Kembali Kemerahan & Tak Berbau

CARA MASAK BUBUR NASI DENGAN CEPAT

Cara-caranya:

1. Basuh bersih beras. Rendam beras yang sudah siap dibasuh bersama air. Kemudian simpan rendaman beras itu di dalam peti sejuk beku (freezer).

2. Bila nak masak, keluarkan beras yang sudah beku dan tambahkan air.

3. Kemudian, masak macam biasa dan tak sampai 15 minit dah jadi bubur nasi. Selamat mencuba!

cara masak bubur nasi

Kredit: Ummi Dayyan

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN