
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat sesuai untuk dipadankan dengan makanan seperti ayam panggang atau ayam bakar.
Selain itu, sos hijau Yaman ini juga sangat sedap digunakan sebagai sos pencicah untuk kentang goreng, shawarma, sandwich, nasi Arab dan banyak lagi. Tak sama macam sos cili yang biasa kita makan.
Jika anda teringin untuk mencuba, jom buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisyah di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resepi Sos Pencicah Thailand Paling Simple, Ini Rahsia Sedap Macam Beli
RESEPI SOS HIJAU YAMAN

Bahan-bahan:
- 8-10 biji cili padi hijau Thailand
- 2 biji cili besar hijau
- 5 ulas besar bawang putih
- 1 labu bawang besar (pilihan, boleh tambah jika suka)
- 1 ikat daun ketumbar
- Garam dan perencah Hilal (pilihan) secukup rasa
- 1/2 biji air lemon atau lime
- 1/2 cawan extra virgin olive oil
- Sedikit air supaya sos tak terlalu pekat
Cara-cara:
- Masukkan kesuaman bahan di atas dalam pengisar.
- Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati. Sesuaikan kepekatan sos mengikut selera anda. Jika sos terlalu pekat, anda boleh menambah sedikit air untuk mendapat tekstur yang lebih cair.
- Setelah siap, simpan sos dalam peti sejuk. Menyimpan sos di dalam peti sejuk sebelum digunakan akan membantu memperkaya rasa sos dan menjadikannya lebih sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aisyah
Baca juga: Cara Buat Sos Black Pepper Paling ‘Letup’, Resipi Dari Peniaga Sendiri
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














