
Peminat ayam goreng pasti suka resepi Tepung Goreng Ayam KFC yang kami kongsikan ini. Bukan saja mudah dibuat, malah jimat kos dan sedap digunakan untuk goreng ayam.
Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa pun suka makan ayam goreng sebagai lauk tengah hari ataupun malam. Senang cerita, hidangan ini boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Lebih-lebih lagi jika dapat makan ayam goreng KFC yang terkenal dengan kerangupan di luar dan isi yang cukup berjus. Kadangkala, teringin nak makan tapi malas pula keluar rumah.
Oleh itu, anda boleh cuba resepi Tepung Goreng Ayam KFC yang dikongsikan oleh Hayatie Deraman di Facebook ini. Cuba buat sebalang dan gunakannya, pasti puas hati. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Tepung Kelapa Homemade, Boleh Buat Macam-Macam Menu Dengannya
RESEPI TEPUNG GORENG AYAM KFC

Bahan-bahan:
- 1 paket tepung beras
- 1 paket tepung jagung
- ½kg tepung gandum
- 1 paket (24gram) serbuk kari ayam
- 1 paket (24gram) serbuk lada
- Garam secukup rasa
- 1 paket (24gram) serbuk kunyit
Cara-cara buat:
1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari ayam, serbuk lada, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
2. Selepas itu, gaul semua bahan sampai sebati.
3. Akhir sekali, boleh simpan dalam balang bersaiz besar.

Cara-cara guna:
1. Mula-mula, ambil sedikit daripada adunan tepung yang sudah siap tadi.
2. Selepas itu, gaul atau perap tepung itu dengan ayam yang nak digunakan.
3. Semasa menggoreng ayam, gaul sekali dengan tepung tersebut.
4. Akhir sekali, goreng ayam seperti biasa sehingga garing.

Banyak cara untuk berjimat, jadi resepi Tepung Goreng Ayam KFC ini pasti berguna untuk anda memasak di dapur.
Selain goreng ayam, ia juga boleh digunakan untuk buat jemput-jemput yang sedap. Senang cerita, banyaklah hidangan yang boleh dibuat dengan Tepung Goreng Ayam KFC ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Hayatie Deraman
Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














