kek sandwich victoria

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria. Bukan saja gebu, malah lembut berkrim dan cair di mulut.

Umi Watie telah kongsikan cara buat Kek Sandwich Victoria di Facebook dengan langkah demi langkah untuk dapatkan hasil yang menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Victoria Sandwich Paling Gebu, Bahan Ringkas Tapi Rasa Kayangan!

RESIPI KEK SANDWICH VICTORIA

kek sandwich victoria

Bahan-bahan untuk kek:

Bahan-bahan untuk filling strawberry:

  • 250gram strawberry
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu makan lemon
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 cawan air

Bahan-bahan aising:

  • 1 cawan whipping cream
  • 2 sudu makan instant custard

Cara-cara buat kek:

1. Pukul mentega dengan gula sampai warnanya agak pucat.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai teradun mesra.

3. Masukkan esen vanilla supaya wangi dan naik rasa lemak mentega tadi.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama susu cair tadi dan pukul lagi (saya pakai hand mixer saja, tak perlu beli mixer heavy duty pun, nak pakai whisk pun boleh).

5. Apabila semua bahan sudah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8.

6. Bakar pada suhu 170ºC selama 45 minit mengikut oven masing-masing.

kek sandwich victoria

Cara-cara buat filling strawberry:

1. Masukkan strawberry dan jus lemon ke dalam blender (jangan luba basuh blender sampai bersih dulu).

2. Masukkan gula, tepung jagung dan air, kemudian kisar sampai hancur semuanya.

3. Masukkan pula ke dalam periuk atau kuali dengan menggunakan api kecil saja, kemudian masak sampai mendidih dan pekat.

kek sandwich victoria

Cara-cara buat aising:

1. Pastikan untuk guna whipping cream dari peti sejuk dan pukul sampai memekat sedikit.

2. Masukkan instant custard (boleh beli di kedai bahan bakeri) dan pukul sampai ia kental.

3. Masukkan dalam plastik tiga segi (saya pakai nozel bintang) untuk hias kek nanti.

Cara-cara hias kek:

1. Setelah kek siap dibakar, bahagikan kek kepada dua bahagian.

2. Picit aising ikut suka hati, janji cantik, kemudian lapiskan dengan filling strawberry.

3. Buat benda yang sama pada bahagian atas kek.

4. Akhir sekali, hiaskan dengan strawberry segar.

Sekali-sekala nak makan kek ala kayangan, bolehlah buat Kek Victoria Sandwich ini. Dengan filling strawberry yang sedap di dalam, makan sampai terasa nikmatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Umi Watie

Baca juga: Resipi Kek Pisang Kukus Guna Blender, Nak Hasil Lembut Berkilat Ada Caranya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN