
Resepi kek tiramisu kembali tular sejak kebelakangan ini dan menjadi kegilaan ramai. Namun, cara buat puding kastard tiramisu ini juga tidak kurang hebatnya juga.
Selepas siap dibuat, simpan dalam peti ais. Memang sedap kalau makan sejuk-sejuk, serius tak boleh berhenti makan dibuatnya. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!
CARA BUAT PUDING KASTARD TIRAMISU

Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 5 tin air (gunakan tin susu untuk ukuran)
- 11 sudu besar serbuk kastard
- Biskut Marie perisa kopi
- Milo secukupnya
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan kecuali biskut dan Milo. Kacau rata sehingga sebati.
- Setelah itu, buka api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi pekat dan likat. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkan kastard menjadi berketul.
- Setelah pekat, angkat dan tuang ke dalam bekas.
- Susun lapisan pertama biskut Marie perisa kopi. Boleh juga hancurkan biskut dalam plastik dan campurkan dengan Milo, kemudian taburkan di atas kastard.
- Alternatifnya, boleh juga patahkan biskut dan cucuk-cucuk ke dalam kastard, tetapi bagi saya cara hancurkan dan campur dengan Milo lebih sedap.
- Setelah selesai, biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah sejuk, puding siap untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Khama Azlina Khamaruzaman
Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














