resepi sosej ayam homemade

Setiap hari kita perlu mengamalkan pemakanan sihat supaya tubuh badan sentiasa terjaga dengan baik. Oleh itu, anda patut cuba resepi sosej ayam homemade yang sihat ini.

Sejak kecil kita makan sosej, tapi apakah sebenarnya makanan ini? Dalam bahasa pasar, sosej adalah daging berperisa yang disumbat ke dalam satu tiub supaya bentuknya panjang dan lonjong.

Banyak jenis sosej yang dijual sebagai makanan sejuk beku di pasaran. Kadangkala, ada ramuan lain yang digunakan dalam sosej supaya rasanya lebih enak seperti cheese, herba dan lain-lain.

Paling menarik tentang sosej, ia boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya sebagai hidangan utama mahupun sampingan yang lazat. Oleh itu, ia jadi pilihan ramai terutamanya mak-mak yang suka memasak.

Kami terjumpa resepi sosej ayam homemade yang dikongsikan oleh Nor Adibah Rozain di Facebook dan hasilnya cukup menarik serta sihat dimakan bersama keluarga. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Homemade Nugget Hanis Zalikha, Sedap Gebu!

RESEPI SOSEJ AYAM HOMEMADE

resepi sosej ayam homemade

Bahan-bahan:

  • 600gram isi ayam
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang merah besar atau bawang holland
  • Mushroom seasoning atau oregano atau apa-apa jenis herb nak letak
  • 4 sudu besar tepung ubi

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar isi ayam, telur, bawang dan seasoning sampai lumat.

resepi sosej ayam homemade

2. Selepas itu, baru tambah tepung ubi dan gaul sampai sebati.

resepi sosej ayam homemade

3. Kemudian, masukkan dalam piping beg dan mampatkan dalam acuan. Letak biar sampai padat supaya tak lerai.

*Nak guna cling wrap pun boleh, tapi pastikan plastik yang digunakan itu tahan haba, nanti bahaya pula untuk kesihatan.

4. Seterusnya, kukus selama beberapa minit sampai masak (saya kukus 10 minit).

5. Akhir sekali, boleh simpan dalam bekas dan sejuk bekukan dalam peti ais.

Apabila buat resepi Sosej Ayam Homemade ini, kami yakin keluarga anda terutamanya anak-anak akan menyukainya kerana rasanya yang sedap cukup luar biasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Adibah Rozain

Baca juga: Cara Buat Roti Canai Homemade, Lembut Dan Garing Bila Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN