resepi mee kuning homemade

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee Kuning homemade ini wajib dicuba kerana ia dibuat secara bebas gluten.

Susah nak jumpa Mee Kuning yang bebas gluten iaitu dibuat tanpa tepung gandum, tambahan pula ada sesetengah orang yang tak boleh menerima gluten dalam badan.

Anda boleh cuba resepi Mee Kuning homemade yang dikongsikan oleh Asmr Dhia di Facebook. Paling bagus tentang mee kuning ini, ia dibuat secara bebas gluten. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!

RESEPI MEE KUNING HOMEMADE

resepi mee kuning homemade

Bahan-bahan:

  • 40g tepung beras
  • 15g tepung ubi kayu
  • 5g tepung jagung
  • ¾ sudu besar minyak kelapa
  • 1/8 sudu teh garam halus
  • 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 kuning telur B
  • 28 hingga 30g air panas mendidih

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan tepung beras, tepung ubi kayu, tepung jagung, minyak kelapa, garam halus, serbuk kunyit dan telur.

2. Selepas itu, gaul sampai rata dengan tangan sehingga jadi seperti ‘bread crumb’.

3. Kemudian, curah air panas dan gaul dengan spatula (mee tak perlu lagi digaul dengan minyak kerana besar kemungkinan takkan melekat).

resepi mee kuning homemade

4. Seterusnya, panaskan periuk berisi air yang telah dicampur 1 sudu besar minyak masak sampai betul-betul mendidih.

5. Selepas itu, boleh mula tekan adunan gunakan piping bag.

6. Apabila sudah timbul, maksudnya mee sudah masak. Angkat dan masuk ke dalam air sejuk untuk hentikan proses masak.

resepi mee kuning homemade

Semasa membuat resepi mee kuning homemade ini, anda boleh gunakan acuan maruku. Selain itu, boleh guna noodle atau pasta maker juga.

Resepi ini dapat hasilkan lebih kurang 130g mee iaitu untuk seorang makan. Jika anda nak buat lebih untuk keluarga di rumah, boleh gandakan kuantiti bahan saja.

Jika anda gunakan kuning telur gred A, kurangkan sedikit air panas. Walaupun guna penekan murah, batter akan sedikit lembut dan mudah untuk ditekan.

Selamat mencuba!

Sumber: Asmr Dhia, Azalin

Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN