aiskrim malaysia red velvet

Apabila tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu yang manis, pasti anda terfikirkan pencuci mulut yang sedap. Salah satunya adalah Aiskrim Malaysia Red Velvet!

Ingat lagi waktu zaman sekolah, sementara menunggu ibu dan ayah mengambil kita untuk pulang ke rumah, kita pasti akan singgah untuk membeli Aiskrim Malaysia ini.

Boleh dikatakan Aiskrim Malaysia mengembalikan nostalgia kepada sesiapa saja yang pernah memakannya sewaktu zaman kanak-kanak. Kenangan yang tak dapat dilupakan!

Walaupun zaman dah semakin moden dan begitu banyak jenis aiskrim dicipta, namun Aiskrim Malaysia tetap menjadi pujaan hati ramai orang.

Dulu-dulu, Aiskrim Malaysia cuma mempunyai satu perisa seperti jagung, asam boi, milo, keladi, anggur dan sebagainya.

Jika anda mengolahnya seperti video yang dikongsikan oleh Farhana Zainuddin, Aiskrim Malaysia Red Velvet anda akan kelihatan lebih menarik. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Terasa Betul Lemak Manisnya!

RESIPI AISKRIM MALAYSIA RED VELVET

aiskrim malaysia red velvet

Bahan-bahan:

  • 1 pek serbuk aiskrim
  • 1 sachet perisa red velvet
  • White chocolate
  • 1500 ml air
  • Plastik aiskrim

Cara-cara:

1. Panaskan 1500 ml air, kemudian biarkan saja air itu naik bintik-bintik mendidih.

2. Masukkan 1 pek serbuk aiskrim, kemudian sentiasa kacau supaya ia larut mendidih dan tak berketul.

3. Masukkan 1 sachet perisa red velvet, kemudian kacau lagi sekali sehingga sebati mendidih. Tutup api dan sejukkan saja.

4. Letakkan beberapa white chocolate dalam plastik aiskrim, kemudian rendam dalam air panas. Tunggu sehingga cair dan ratakannya.

5. Tuang adunan tadi ke dalam plastik aiskrim, kemudian ikat kemas dan sejukkannya dalam bahagian sejuk beku. Siap!

aiskrim malaysia red velvet

Aiskrim Malaysia Red Velvet seperti ini memang bakal buat ramai tertarik. Anda boleh gantikan white chocolate dengan coklat biasa, cuma rupanya saja yang berbeza nanti.

Selain dijadikan sebagai pencuci mulut untuk seisi keluarga, anda juga boleh jadikannya sebagai aktiviti masa lapang untuk berniaga.

Selamat mencuba!

Sumber: Farhana Zainuddin

Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Lain Macam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN