ayam masak stim limau

Mari cuba buat Ayam Masak Stim Limau hari ini. Kebiasaannya selalu dengar ikan yang selalu dibuat stim limau ini. Rupa-rupanya ayam juga boleh buat hidangan yang sama. 

Memang tekstur rasa lemak dan isi ayam yang manis, dicampur pula dengan rasa masam pedas dan bawang putih, memang memikat perut dibuatnya. Silap haribulan, suami asyik minta ulang masak hidangan ini saja. Hiks!

Baca juga: Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam, Sesuai Untuk Menu Berpantang dan Berdiet

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mas Salleh dari laman Facebook ini. Memang ringkas dan mudah cara memasaknya. 


RESIPI AYAM MASAK STIM LIMAU

ayam masak stim limau

Bahan utama:

Bahan sos:

  • Bawang putih cincang
  • Cili padi cincang
  • Air asam limau
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Gula dan sedikit garam

Nota: Gaul semua bahan sos bersama hingga sebati kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam tadi. Curah di atas ayam yang sudah siap dikukus.

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air bersama halia, akar ketumbar, garam dan secukup rasa hingga mengelegak/mendidih

2. Kemudian, baru masukkan ayam rebus hingga ayam masak

3. Angkat dan potong ikut suka letak dalam pinggan.

4. Tuangkan sos di atas ayam yang sudah dikukus. Sedia untuk dihidang panas-panas.

ayam masak stim limau


Selamat mencuba resipi Ayam Stim Limau ini.

Baca juga: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN