
Pernah makan roti bakar di kedai kopitiam sampai tertanya-tanya tentang resipinya. Jadi, kami akan tunjukkan cara buat roti bakar yang mudah menggunakan 3 bahan saja.
Roti bakar sangat mudah dibuat di rumah dan disukai ramai terutamanya golongan mak-mak yang sentiasa memikirkan hidangan lazat untuk anak tersayang.
Bukan senang nak pikat selera anak untuk makan, lebih-lebih lagi apabila bulan Ramadan menjelma. Nak ajak anak bangun untuk makan sahur bersama, bukan main liat lagi.
Nuralia Idayu telah kongsikan cara buat roti bakar di Facebook yang mudah dan ringkas dibuat sampaikan ramai puji kerana hasilnya nampak sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Sandwich Burger Guna Roti Gardenia, Menu Ringkas Dan Cepat Siap!
CARA BUAT ROTI BAKAR

Bahan-bahan:
- Roti Gardenia (tak kisah jenama apa asalkan roti yang boleh dimakan)
- Butter (jenama Buttercup pun boleh, saya guna jenama Farm Cows)
- Kaya
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong kulit roti (bahagian tepi roti), tapi tak nak potong pun boleh.
2. Selepas itu, potong roti kepada dua bahagian..
3. Kemudian, sapukan kaya dengan banyak pada roti supaya apabila dibakar nanti, ia akan meleleh dan nampak menyelerakan.
4. Seterusnya, potong butter dengan saiz kiub dan susun 3 baris atas roti seperti dalam gambar.

5. Setelah itu, sapu juga kaya pada lapisan atas roti, jadi sapuan kaya akan berada di atas dan bawah dalam roti tersebut.
6. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 170ºC selama 10 hingga 15 minit, bergantung kepada kerangupan yang diinginkan. Siap untuk dinikmati!
Nak pastikan badan cukup tenaga pada waktu siang, kenalah makan hidangan yang cukup karbohidrat. Jadi, roti bakar cukup sesuai dijadikan sebagai hidangan ringkas di rumah.
Cara buat roti bakar ini sangat mudah dan banyak cara untuk membakarnya seperti atas dapur, oven atau air fryer. Paling penting, kena sapu kaya dengan banyak barulah terliur.
Selamat mencuba!
Sumber: Nuralia Idayu
Baca juga: Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














