Kalau korang tiada idea apa menu yang sesuai dengan ‘wraps’ apa kata cuba resipi Tortilla Chips Dengan Telur Hancur.
Idea ‘breakfast dip’ ini pasti menjadi kesukaan anak terutama anak-anak yang cerewet makan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan sendiri oleh Zatil Arip.
Resipi Tortilla Chips Dengan Telur Hancur
Bahan Untuk Telur Hancur:
4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato – potong dadu
Bawang – potong dadu
Daun ketumbar -dihiris
Sehiris lemon
Cara-cara penyediaannya:
1. 4 biji telur gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.

2. Cairkan mentega, masak telur dengan api perlahan sahaja sambil kacau-kacau.

3. Perah lemon.

4. Taburkan tomato, bawang dan daun ketumbar yang telah disediakan tadi. Jika nak masukkan timun potong dadu juga tiada masalah.

Bahan Untuk Tortilla Chips:

Role-Up Wraps (ikut roti masing-masing)
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun
Cara-cara penyediaannya:
1. Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips, sapukan wrap dengan minyak zaitun.

2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.


3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.

4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.

5. Siap chips untuk dicicah dengan telur hancur.

Selamat mencuba!
Baca juga: Tular ‘Hack’ Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














