bihun siam

Resipi bihun siam ini sangat simple tapi rasanya cukup sedap dan cara memasaknya juga seakan-akan sama dengan nenek atau mak-mak kita dulu.

Bihun goreng versi siam ini agak berbeza dengan resipi bihun yang biasa kita masak.

Bahan utama yang perlu ada untuk menghasilkannya adalah taucu dan udang kering. Tak ada dua bahan ini memang tak lengkap!

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi di bawah yang merupakan perkongsian oleh Emily Woo menerusi grup ‘Baba Nyonya Recipe Sharing Group’ di laman sosial Facebook.

Baca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!

RESEPI BIHUN SIAM MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 3/4 pek bihun
  • 250g udang segar
  • 3 keping tauhu pok – dihiris
  • Daun bawang atau daun kucai
  • Garam, serbuk cendawan – untuk perasa
  • Telur rebus
  • Limau kasturi

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah saiz sederhana
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 bili cili merah
  • 2 sudu besar udang kering – direndam
  • 2 sudu besar taucu cili manis
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 sudu besar air

Cara-cara:

1. Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali.

2. Tuangkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar hancur. Tumis sehingga naik bau dan bertukar warna.

3. Masukkan udang dan kacau sehingga hampir masak. Kemudian masukkan pula tau pok. Gaul sehingga semuanya sebati. Kaup dan letakkan di dalam pinggan, ketepikan seketika.

4. Guna kuali yang sama, masukkan 1/4 cawan air, biarkan mendidih.

5. Kemudian masukkan bihun yang sudah direndam sehingga lembut. Gaul sehingga sebati.

6. Seterusnya masukkan garam dan serbuk cendawan secukup rasa.

7. Masukkan taugeh serta tumisan udang dan tau pok tadi. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.

8. Akhir sekali taburkan daun kucai atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Emily Voo

Baca juga: Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN