resepi begedil kentang ayam

Buat anda yang suka buat snek di rumah pada masa lapang, wajib cuba resepi Begedil Kentang Ayam yang sangat mudah tapi sedapnya tak terkata ini.

Begedil juga disebut sebagai bergedel, perkedel atau pergedel oleh orang Jawa yang dibuat daripada kentang dilumatkan dan dicampur dengan daging cincang, hirisan daun rempah serta isi lain sebelum digoreng.

Berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh Izany Izhas di Facebook, beliau pernah rebus kentang terlebih dahulu tapi hasilnya, begedil akan jadi cepat basi.

Oleh sebab itu, Izany Izhas kongsikan resepi Begedil Kentang Ayam di Facebook untuk anda dapatkan hasil yang lebih sempurna. Jom kita cuba!

Baca juga: Tauhu Begedil Anti Gagal, Guna Tepung ‘Ini’ Untuk Kesan Rangup Luar Biasa!

RESEPI BEGEDIL KENTANG AYAM

resepi begedil kentang ayam

Bahan-bahan:

  • 5kg kentang (goreng agak-agak garing sedikit saja, angkat dan toskan minyak kena lama)
  • 1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
  • 200g bawang goreng
  • 200g daun sup

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong kentang secara kecil dan goreng agak-agak garing sedikit saja, tapi angkat dan toskan minyak kena biarkan lama.

2. Sementara itu, boleh rebus isi ayam dan carik-carikkannya.

3. Kemudian, tumbuk kentang yang sudah digoreng tadi sampai hancur lumat.

4. Gaul kentang hancur bersama isi ayam, bawang goreng dan daun sup, kemudian perasakan dengan garam, gula, ajinomoto dan serbuk lada.

5. Selepas itu, kepal-kepalkan dan jadikan bentuk yang disukai.

6. Seterusnya, panaskan kuali, celup begedil dalam telur dan goreng sekejap saja. Siap!

resepi begedil kentang ayam

Selain dimakan sebagai snek di rumah, anda boleh gunakan resepi Begedil Kentang Ayam ini untuk dijadikan makanan sampingan bersama mi sup, rojak dan banyak lagi.

Bukan setakat sedap dimakan begitu saja, tapi jika ada sambal kicap atau sos pencicah, lebih bertambah kesedapannya.

Jika anda tak nak buat banyak tapi nak terus makan bersama keluarga tersayang di rumah, boleh saja kurangkan kuantiti bahan yang digunakan dalam resepi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Izany Izhas

Baca juga: Jemput Jemput Kentang Lembut Sampai Ke Petang, Pakai Air Sejuk Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN