telur masin homemade

Sekali-sekala mesti teringin makan nasi berlauk panas-panas dengan telur masin yang lazat. Oleh itu, kami nak kongsikan cara buat telur masin homemade yang wangi dan sedap.

Telur masin ialah telur yang diawet dengan menggunakan garam supaya tahan lama. Biasanya, telur itik dan angsa digunakan untuk buat telur masin kerana kuning telurnya yang lebih besar.

Telur ayam dan puyuh juga boleh dibuat telur masin, tapi hasil kuning telurnya tak semewah telur itik dan angsa yang lebih berlemak. Tambahan pula, komposisi lemak kuningnya lebih tinggi berbanding ayam dan puyuh.

Kali ini, kami nak kongsikan cara buat telur masin homemade dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Chinta Damia di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE

1. Mula-mula, telur itik harus dibersihkan terlebih dahulu dengan membuang segala kotoran yang melekat pada telur.

telur masin homemade

2. Apabila sudah dibersihkan, telur haruslah dikeringkan.

telur masin homemade

3. Selepas itu, masukkan air ke dalam periuk.

4. Kemudian, masukkan garam (jika 1 sudu makan garam untuk sebiji telur, maka 50 biji telur kena letak 50 sudu makan garam).

telur masin homemade

5. Seterusnya, letak 2 keping asam keping untuk rasa telur yang lebih sedap, tapi tak letak pun tak mengapa.

telur masin homemade

6. Masukkan 2 hingga 3 helai daun pandan yang telah disimpulkan ke dalam periuk.

7. Sekali-sekala, kacau air garam yang dimasak supaya garam cepat hancur dan jangan dibiarkan begitu saja.

8. Setelah itu, ambil telur itik yang sudah siap dikeringkan dan susun di dalam bekas yang sesuai.

9. Apabila garam sudah hancur semuanya, biarkan sejuk terlebih dahulu.

10. Akhir sekali, masukkan air garam ke dalam bekas yang berisi telur tadi. Siap!

Kami yakin anda pasti suka cara buat telur masin homemade ini kerana boleh dimakan pada bila-bila masa. Malah, baunya cukup wangi dan isinya pun sangat sedap dimakan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Chinta Damia

Baca juga: Telur Pindang Paling Cepat Dan Mudah, Rebus 2 Jam Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN