Project Description

Guna resipi ‘shortcut’ ini untuk hasilkan karipap yang rangup dan sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Roti

Guna resipi ‘shortcut’ ini untuk hasilkan karipap yang rangup dan sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 1 dada ayam (dipotong kiub) 
  • 1 biji kentang (direbus dan dipotong dadu) 
  • 1 biji bawang merah (dicincang) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang) 
  • 2 sudu besar serbuk kari 
  • garam secukup rasa 
  • 1 pek besar roti 
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
  • Minyak masak 
  • Alat-alat: 
  • Acuan karipap 
  • Rolling pin
CARA PENYEDIAAN
    1. Tumis bawang merah dan bawang putih. 
    2. Masukkan daging ayam dan tumis sehingga masak. 
    3. Masukkan kentang, serbuk kari dan garam. Gaul sebati dan tutup api. 
    4. Gunakan rolling pin dan lenyekkan roti 
    5. Letakkan roti di atas acuan karipap, dan sesudu inti ke atas roti 
    6. Sapukan bancuhan tepung gandum di sekeliling inti 
    7. Kelimkan karipap menggunakan acuan; koyakkan roti yang berlebihan 
    8. Goreng sehingga keemasan 
    9. Enjoy!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.