resepi kuzi ayam

Resepi kuzi ayam merupakan masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari tertentu kerana agak renyah untuk memasaknya.

Buat sesetengah orang, hidangan ini merupakan menu yang sangat rare bagi mereka kerana jarang jumpa selain di negeri pantai timur.

Kuzi ayam biasanya dihidang sewaktu hari raya dan dinikmati dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Nak makan dengan nasi putih pun boleh.

Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama

RESEPI KUZI AYAM

Bahan-bahan:

  • Ayam 1 ekor
  • Bawang merah 1/2 kg – hiris mayang
  • Tomato  3 sudu besar
  • Susu cair 1/2 tin
  • Susu manis  1/4 tin
  • Bawang putih 6 ulas 
  • Halia 2 jari tumis
  • Rempah kuzi – 2 sudu makan penuh

Cara-cara:

1. Cuci bersih ayam. Rebus terlebih dahulu, kemudian digorengkan. Bila dah siap goreng, angkat dan ketepikan. Simpan minyak sisa goreng ayam untuk menumis nanti.

2. Hiris mayang bawah merah dan goreng dalam minyak panas. Bila dah siap goreng, kemudian kita kisar pula. Ketepikan.

3. Tumis bawang putih dan halia menggunakan minyak sapi dan minyak goreng ayam tadi. Tumis sehingga naik bau.

4. Kemudian, masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sehingga masak dalam 20 minit.

5. Bila rempah kuzi dah masak elok, masukkan bawang goreng yang sudah digoreng dan dikisar tadi. Tambahkan air secukupnya.

6. Masukkan susu cair, susu pekat dan tos tomato. Ubah kuantiti bahan mengikut kesesuaian rasa.

7. Gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.

8. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

resepi kuzi ayam

Kredit resipi dan gambar: Halia Ab Hamid

Baca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN